12 Jan 2014

Gadis dirogol kekasih bersama tiga rakannya

 AMPANG : Tindakan seorang remaja perempuan mengikut teman lelakinya konon mahu menghilangkan tekanan berakhir tragedi apabila dirogol lelaki terbabit serta tiga lagi rakannya.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 18 tahun itu berselisih faham dengan rakan serumahnya menyebabkan dia mengalami tekanan lalu menghubungi kekasihnya mengajak keluar.


Menurut sumber, mangsa bagaimanapun terjerat apabila bukan saja diperkosa kekasihnya dan tiga rakan lelaki itu, malah turut dikurung dalam rumah mereka di Taman Kosas di sini, sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu, kelmarin.


Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 15 Disember lalu selepas mangsa dibawa keluar kekasihnya sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.


“Pada mulanya, lelaki itu mendakwa menghuni rumah berkenaan bersama kakak angkatnya dan mangsa akan tinggal bersama wanita berkenaan menyebabkan mangsa bersetuju.


“Apabila tiba di rumah itu jam 9 pagi, mangsa mendapati rumah berkenaan turut dihuni tiga lelaki lain. Selepas berbual dengan wanita yang didakwa kakak angkat kekasihnya, mangsa dipelawa masuk ke sebuah bilik untuk berehat,” katanya.


Katanya, ketika berada dalam bilik itu, teman lelaki mangsa masuk lalu memperkosanya beberapa kali sebelum menghalau mangsa keluar dari bilik berkenaan.


“Mangsa kemudian diarahkan masuk ke sebuah bilik lain dan di bilik itu, mangsa sekali lagi diperkosa bergilir-gilir oleh tiga rakan kekasihnya,” katanya.