11 Jan 2014

Khairy Jamaludin ucap selamat dengan Nik Aziz

Jarang - jarang kita melihat wakil rakyat dari berlainan parti mengucapkan selamat ulangtahun .
Yang selalu kita nampak, cacian , makian dan juga doa akan kejatuhan seseorang .

Tapi hari ini Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin atau lebih dikenali KJ mengucapkan selamat kepada veteran dan orang kuat PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz melalui Twitter.


KJ yang juga Ketua Pemuda Umno itu turut menyatakan usianya di mana  telah mencecah  38 tahun manakala Nik Abdul Aziz mencecah usia 83 tahun.

"Selamat hari lahir juga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Hari ini beliau menyambut yang ke-83 dan saya yang ke-38," tulisnya lagi.



 Inilah yang kita mahukan, walaupun berlainan ideologi tapi sekurang-kurangnya nilai kemanusiaan itu tidak lupus dan cuma untuk parti sendiri sahaja.