Selepas beberapa kontroversi panas melanda kedua-dua pasangan ini, khabar terbaru mengatakan bahawa mereka akan mendirikan rumah tangga.
Majlis pernikahan akan berlangsung pada Februari depan.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail kepada mStar, semalam.
“InsyaAllah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu,” katanya.
Sementara itu, sebagai ibu, Patimah menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan anak keduanya itu juga adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Kita doakan sajalah yang terbaik untuk mereka.