11 Jan 2014

Skandal anak Ketua Menteri Sarawak

Nampaknya semakin hangat kes bekas menantu Ketua Menteri Sarawak ini apabila dia memberitahu mahkamah yang bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai isteri lain selama bertahun - tahun.


Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz A Majid memberitahu mahkamah, dia tidak tahu suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bernikah dengan wanita Australia semasa majlis perkahwinan adik iparnya.



Shahnaz, 51, berkata, dia terkedu apabila melihat Mahmud membawa wanita yang dikenali sebagai Louise Aida Hiley ke majlis itu di Wisma Mahmud, di Kuching, Sarawak sekitar tahun 1999.




“Saya tak pernah tanya sama ada mereka sudah bernikah ataupun belum. Saya hanya anggap mereka sudah berkahwin kerana sudah ada anak, beberapa tahun lalu,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam Saadiah Din yang mewakili Mahmud Abu Bekir semasa perbicaraan kes tuntutan mutaah di mahkamah tinggi syariah di sini, semalam.


Berita ini nampaknya sedikit sebanyak menunjukkan perwatakan sebenarnya keluarga Ketua Menteri Sarawak yang berkuasa dengan begitu lama di negeri itu.   

Sumber : SinarHarian